Friday, March 28, 2008
Muhammad terlanggar hantu
Friday, March 21, 2008
Moga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita
Minggu lepas cuti sekolah selama seminggu. Abg yong ke KL selama seminggu. Luqman pula di Alor setar. Adik muaz manja, di penang dengan mama dan abah. Hujung minggu semalam kami ke KL ambil abg yong. Sekejap sgt ke KL. Rasa tak puas berada di sana. Abah sekarang dah tiada cuti. sampai di KL abg yong semangat ajak luqman n muaz ke swimming pool dekat selayang. Lepas makan t/hari kami ke swimming pool tersebut bersama dengan tok ayah, mak lang shima dan syaza yang aktifnya. Malamnya kami ke rumah mak lang makan malam. Esoknya ahad, lepas zohor kami dah kena bertolak pulang ke Penang.
Semalam cuti maulidur rasul. mama ke rumah anak yatim Yakin Al Wadi di kupang , baling. Mama memang teringin nak mengikuti program begini. Kebetulan ada pelajar farmasi menganjurkan program khidmat masyarakat ini, mama menawarkan diri untuk menjadi pengiring. Abg yong teruja nak ikut mama. Tapi bila mama memikirkan takut pula nanti anak2 yatim tu sedih melihat abg yong memanggil mama , mama. memang anak2 di rumah ini agak sensitif perasaannya terutamanya yg masih kecil. Di rumah itu terdapat lebih kurang 50 org penghuni yang terdiri dari umur 5 tahun sehinggalah 17 tahun. Keadaan asrama mereka agak dhaif juga sebab terpaksa bersesak. Kemudahan dewan makan pun agak dhaif juga. Surau mereka Alhamdulillah nampak OK dan selesa untuk mereka solat dan belajar. Mama suka melihat akhlak anak2 ini. sebelum masuk waktu sudah bergegas utk solat. sekejap shj mereka bersiap. Tidak berlengah. Terus ke surau dan menghampar sejadah. kemudian solat jemaah bersama. Alhamdulillah prog yg di atur oleh pelajar UiTM dapat menceriakan anak2 di rumah ini walaupun hanya sekejap kami bersama mereka. Sampai di uitm , abg yong terus bertanyakan gambar2 anak yatim. teruja dia nak melihatnya. Insya-ALLAH , abg yong besar sikit mama bawa nanti jika ada lagi prog begini.
Sunday, February 24, 2008
mama seronok menerima tetamu
Sabtu semalam pula mama menerima kunjungan kawan2 mama dari Silterra. Kalut mama dari awal pg menyediakan lunch utk tetamu sambil di'bantu' 3 hero mama. Lepas maghrib kami bergegas keluar ke airport utk mengambil abah. Alhamdulillah abah kata interview berjalan lancar.
Hari ni pula kami menerima kunjungan untie noni n uncle roy sekeluarga. Seperti biasa hero2 mamalah yg paling kalut menyambut tetamu. Kali ni adik n luqman menyambut tetamu dgn tembakan senapang yg baru dibeli t/hr td dekat sunway mall. Mereka tekun menembak alia n afiq. Kesian alia n afiq terkejut dgn gelagat luqman n muaz ni. Sejak dari mall lagi mereka sibuk menembak orang. siap dengan gaya berperang mereka... mcm abah mereka suka tengok cerita perang..
Thursday, February 21, 2008
happy 5th birthday to luqman
Pagi td mama kalut sikit. sebab abah tak ada. Abah sekarang dekat Adelaide, Australia tengah berinterview. Mama harap semua tolong doakan yg terbaik buat abah ya. Doakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Terima kasih abah....
Luqman paling awal bangun pg tadi. Mama bangun pukul 530 tu dia pun terus bangun mandi dan bersiap. Bersemangat dia nak ke sekolah pagi ni. Abang yong seperti biasa nak kena kelui beberapa kali baru bangun. Nampak dia solat lama pagi ni. Berdoa utk abahnya kot. Adik muaz pula nak susu milo dulu. Lepas tu nak mama jiruskan mandi. manja sungguh. Rupa2nya setiap pagi abah hantar adik ke sekolah kena duduk dulu dengan adikdekat kerusi menunggu depan tadika adik. Tadi adik ajak mama duduk dulu. Saja duduk sambil bersembang2. Selepas beberapa ketika baru adik bersedia nak masuk ke kelas . Waktu tu cikgu pun datang greet dia :).
Wednesday, February 13, 2008
luqman naughty hari ni
Monday, February 11, 2008
hujung minggu yg panjang

Jumaat awal pagi, mama bangun awal siapkan beg dan bekalan. Abah nak bawa kami ke cameron highlands. Hero2 pun bersemangat nak pergi berjalan. Spot pertama kami singgah dekat perhentian ladang teh cameron valley. sedapnya minum teh berperisa strawberry dengan karipap dan sandwich. nak makan scones mahal sgt. 2 ketul kecil sampai rm12.
Sabtu pula kami ke Sg Petani. mama ingat abah nak pergi melihat sj rumah kami tu. Rupanya rajin pula abah nak membasuh rumah. adik muaz asyik bertanya" kita nak pindah rumah baru ni ka? rumah kita kat pulau pinang dah buruk ka?" . adik ni kekadang dia ada tabiat suka mengulang soalan yang sama. penat nak menjawab soalan yang sama ni. Lama juga kami membersih dan membasuh rumah Sg petani tu. Tah bila kami nak duduk situ....sayang rumah tu besar dan cantik. cuma jauh sikit dari tempat keje mama dan abah.
Hari ni adik kembali ke sekolah setelah cuti lama. Bersemangat nampak dia hari ni nak ke sekolah. siap dah galas beg dalam rumah lagi. Lepas tu dia sedih sebab abah tak hantar dia. Dia memang manja sungguh dengan abah dia. tidur pun nak bah teman, mandi pun nak abah mandikan. Luqmanlah yg paling ok bab ke sekolah ni. no complaint. bangun tidur terus mandi sendiri, gosok gigi sendiri, pakai baju sendiri, pakai ketayap terus. satu je dia malas nak sikat rambut. selalu bila balik sekolah mama ambil dia, mesti ketayap dah tak dak kat kepala dia :).
Sunday, February 3, 2008
muaz homesick
Yang tak sabarnya bukan nenek, tapi luqman dan muaz. Bila kek dikeluarkan je , diorang cakap" ala kek kecik ja pun" . tapi habis juga hero ber2 tu makan siap nak bunga hiasan tu. Ahad petang kami pergi ziarah anak mak lang najwa. Dia admitted sbb jangkitan kuman dekat paru2. Kesian kat baby adlan yg br 3 bulan. nampak dia bernafas sungguh laju. Malam tadi menangis mak lang telefon mama tanya nak buat mcm mana baby adlan asyik menangis dari maghrib sehinggalah pukul 12 mlm. sedih dengar suara baby adlan. Tak selesa agaknya byk wayar2 di sambung di badan dia.Pagi tadi bangun tidur muka adik nampak monyok je. ni mesti nak sedih pergi sekolah lagi ni. Dah janji dia kata tak mau sedih dah. cuti 2 hr semalam ceria sj. Dia rajin buat kerja. Di rumah, tak di suruh pun, dia akan buka buku2 sekolah dia dan dia akan buat. Tadi cikgu dia telefon bagitahu hr ni ada kelas iqra. balik lewat sikit. Teacher dia kata ni adik muaz ada kat sebelah teacher. Dia homesick teacher kata. sampai sekolah buat kerja sekejap dia akan dtg kat teacher minta teacher hantarkan dia balik rumah. Teacher kata dia buat semua kerja dan aktiviti cuma dia homesick. Walaupun teacher panggil dia muaz, dia still membahasakan diri dia adik. Memang manjalara sungguh adik muaz sorang ni.
Luqman pula, terbalik dari muaz. Tadi mama dengar kawan dia panggil dia "luqman tomato". Tersenyum mama sebab memang muka luqman bulat mcm tomato. hai budak2 zaman sekarg baru 5 tahun dah pandai mengelar.