Sunday, August 2, 2009
ALLAH speaks to us in different ways...
Wednesday, July 29, 2009
le tour de langkawi-part 3
Monday, July 27, 2009
le tour de langkawi-part 2
Jambatan gantung dari hentian pertama
menuruni anak tangga ke jambatan gantung. semput bila nak ragas balik tu
Jambatan gantung dari hentian kedua(kalau guna SLR mak usu aini mesti lawa ni)
mama and 3 heros on jambatan gantung. Boleh terasa goyangannya.
kelihatan pulau2 kecil di sekitar langkawi dari atas gunung mat cincang
3 heros makan ais krim( setiap kali berhenti kat mana2 pun depa asyik minta aiskrim)
Bercuti ke langkawi- Part 1
Kami ke langkawi menaiki bot dari kuala kedah jam 8 pagi. Ini pengalaman pertama buat adik muaz dan abang luqman. Muhammad kali kedua(yg pertama 7 tahun yg lepas). Harga tiket bot sekarang, dewasa Rm23, kanak2 5 tahun ke atas( Rm17). Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Sampai di langkawi kami terus mengambil kereta sewa (kancil, Rm 80 dari pukul 930pagi ke 5 ptg esoknya) dan menuju ke Underwaterworld. Terima kasih banyak2 pada abg chik(sepupu mama) yang bekerja di underwaterworld. Kami mendapat harga tiket istimewa, hanya RM37 utk kami sekeluarga. Underwaterworld langkawi nyata lebih menarik berbanding aquaria di KLCC. Cuma kami tak dapat menikmati pertunjukan anjing laut yang ditutup sementara untuk renovation. Paling comel melihat gelagat penguin.
Selepas itu kami menuju ke Langkawi Boutique Resort untuk mendaftar masuk ke biik hotel. Hotel ini kelihatan agak lama, namun OKlah utk harganya, RM178(family room, 2 queen bed, luas biliknya, ada swimming pool and breakfast for 5 of us). Hotel ini terletak kira2 5 minit berjalan kaki ke underwaterworld. Terdapat banyak hotel2 dari 1 bintang ke 5 bintang di kawasan pantai cenang. Gerai2 makan juga banyak terdpat di sini, dari masakan melayu, arab, thai, barat dan sebagainya. Suasana malam di kawasan ini agak meriah dan happening.
Selepas makan tengahari, kami menuju ke cable car yang terletak di gunung mat cincang. Menariknya pemandangan kehijauan gunung ganang, sawah padi dan kebiruan pantai sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah kami tidak menunggu lama untuk menaiki kereta kabel. abah telah membeli tiket dari pakcik fuad penyewa kereta dgn harga Rm15 dewasa, utk kanak2 Rm5. Seronok naik kereta kabel.Yang pastinya mama gayat sgt2. asyik pejam mata saja, takut melihat ke depan, maupun ke belakang, ke bawah lagilah menyeramkan. Subhanallah cantik sungguh pemandangan gunung ganang di sini. Dari kereta kabel, kelihatan gunung ganang, hutan rimba dan juga air terjun telaga tujuh. Terdapat 2 perhentian. Kami berhenti di hentian pertama utk menghilangkan rasa gayat. Di hentian tekahir kami menuruni anak tangga menuju ke jambatan gantung. Sejuk dan berangin di jambatan ini. Terasa jambatan ini bergoyang. hmm gayat lagi. Namun puas hati melihat pemandangan cantik lagi indah dari sini.
Thursday, July 23, 2009
ayat-ayat cinta
Beberapa hari yang lalu rakan mama dok bercerita pasal filem ayat2 cinta yang difilemkan berdasarkan novel tulisan habiburahman el-shirazy. Sebenarnya mama juga telah membeli novel ini tahun lepas, namun sehingga ke hari ini masih belum berpeluang membacanya. Lama dah tak layan jiwang, hehe... 
Thursday, July 9, 2009
solat sunat witir
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.
Thursday, July 2, 2009
KFC pertamaku...