Thursday, February 10, 2011

dah hampir


35 minggu mama dah makin sarat. dah nak cukup term dah.Pergerakan mama pun dah makin terbatas. Kalau dulu balik dari belajar, mama terus marathon membuat kerja rumah dengan pantasnya. Kalau boleh semua nak diselesaikan sebelum maghrib berkumandang agar selepas maghrib banyak sikit masa bersama 3 hero. Namun sekarang...semua terpaksa dilakukan perlahan-lahan. Tak mampu dah nak marathon. Itulah nikmat kesihatan dan ujian.

Tak sabar menanti si kecil comel ini keluar. Tahun ni tahun sibuk bagi mama dan anak2. mama di tahun akhir pengajian, abah tengah menyempurnakan tesis masternya dan abang muhammad pula akan menduduki peperiksaan UPSR. Moga kehadiran si kecil nanti menambah seri di dalam kesibukan keluarga kita. Berita terbaru, mama di jangka melahirkan mujahidah pula setelah di scan doktor pada usia kandungan 32 minggu. Pelbagai nama di cadangkan oleh abang2, abang muhammad mahukan nama glamor seperti irdina batrisya katanya, luqman tak kisah, muaz mencadangkan nama kawannya di sekolah. Mama kata mama ingin namakan dari nama2 srikandi2 islam seperti fatimah, aisyhah, maryam,sumayyah dan sebagainya. Tatkala di katakan maryam, terus 3 hero kata, apa ....meriam mama??? huih takut kami. dia bom kami nanti. sabaq jalah dengan abang2 kamu yang loyaq buruk tu. Moga jika benar perempuan, moga anak mama nanti menjadi anak solehah, dekat dengan ALLAH dan menjadi peneman kepada mama. Jangan join bergomoi dengan abang2 udahla.