Wednesday, June 17, 2009

Doa yang dimakbulkan

Alhamdulillah Alhamdulillah ALhamdulillah di atas segala nikmat dariNYA. Moga kami akan menjadi hambaMU yang senantiasa mensyukuri segala nikmat dariMU Ya ALLAH.
Malam tadi abah belanja kami makan di shakey's pizza. Abah ingin meraikan kejayaan abg yong memperolehi tempat pertama di dalam peperiksaan pertengahan tahun baru2 ini. ALLAH makbulkan doa abg yong di depan kaabah tempoh hari. Moga abg yong menjadi hambaNYA yang lebih bersyukur. Tahniah abg yong, moga menjadi anak yang soleh, hambaNYA yang taat, takut dan gentar padaNYA, tinggi imannya dan bersyukur padaNYA (+ mama tambah moga erti hidup pada memberi bukan meminta menjadi slogan hidup abg yong, hehe....dont worry mak2 sedara, moga abg yong x minta hadiah). Semalam juga Ulangtahun kelahiran abg yong ke 10. Tempat 1 tersebut menjadi hadiah berharga buat abg yong kali ni. Adik muaz pula memasuki usia 5 tahun sehari sebelumnya. Semalam mama belikan choc moist cake untuk mereka. Comel dan ringkas saja kali ini. mama belikan juga satay dan mee Udang. Alhamdulillah.
PAgi tadi jua mama disapa seseorang berkenaan satu urusan. ALLAH makbulkan permohonan mama pula kali ini. Moga ALLAH mudahkan urusan seterusnya. RedhaMU ku pinta YA ALLAH. ALLAH MAHA MENDENGAR.

Sunday, June 14, 2009

cuti sekolah

3 hero di kenduri tok teh, sg buluh, 7 jun 2009

Jun berlalu begitu pastas. cuti persekolah sudah berakhir. Kesian juga mama pada 3 hero tidak berkesempatan membawa mereka berjalan2. Nanti ya, biar mama dapat bernafas sikit dari phd mama ni. Awal jun muhammad ke KL seminggu. Kemudian mama dan yang lain menuruti ke KL untuk kenduri mak lang zawani, anak tok teh di sg buloh. Byk betul kenduri kahwin cuti sekolah baru2 ni. maafkan mama di atas jemputan rakan2 mama yg tidak dapat mama penuhi.

Team pulau pinang(kuning) dan Team kedah(biru)

Hujung minggu semalam pula kami ke alor setar. Luqman ada perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan PASTI negeri pulau pinang vs kedah. Alhamdulillah team luqman memenangi perlawanan 2-1. Kelihatan ibubapa diluar padang yang sgt teruja melihat anak2 kecil ini bermain. kedengaran jeritan ibubapa dan couch memberi arahan pada anak2 ini. Insya-ALLAH 20 jun ini luqman bersama team pulau pinangnya akan turut serta didalam perlawanan bolasepak keseluruhan di selangor. Kelakar juga bila memikirkannya. namun bagus juga aktiviti sukan yang dianjurkan PASTI ini.
Baby anas dipangkuan tok
Kesempatan di alor setar kami penuhi juga dengan menziarahi cahayamata pertama pak njang faiz, muhammad anas. 3 hero teruja melihat baby....mama risau dibuatnya. 3 hero mama mana boleh duduk diam. habis anggota badan baby disemaki, kaki tangan kepala licinnya......"kami ada body(sambil menunjukkan muscle di lengan kurusnya), anas x dak body", kata adik muaz :). "Kami nak tengok mata anas. awat dia tak buka mata". "baby ni umur dia 0 tahun ka mak njang" tanya luqman. Begitulah 3 hero mama yang asyik bercakap tak kira di mana.

mama bawa 3 hero menikmati lunch buffet di hotel uitm, 10 jun 2009