Friday, March 28, 2008

Muhammad terlanggar hantu

Last week , hari apa ntah, muhammad terlanggar hantu waktu malam ketika dia solat isya'. Masa dia tengah solat, kak farhana tutup lampu, gelap satu rumah. Tiba2 dengar dia jerit, mama!, lepas tu ada bunyi kelekung! lepas tu muhammad nangis dan abg amir cepat2 buka lampu dan ternampaklah muhammad dok peluk lutut dia sambil teriak sepenuh hati...

punya la takut gelap, terus nak tinggal solat, haa lepas tu lutut cium tiang katil (bukan hantu :))

Sabtu lepas, kilang amir, (bukan amir punya kilang) buat program untuk budak sekolah, "agilent After School". Agilent jemput budak2 sekolah sekitar penang mai agilent untuk buat aktiviti reka kereta roket. Anak2 staf agilent pun ada, so amir pun bawak la muhammad, dan dua orang hero lagi tu. Program tu kononnya nak inculcate minat budak2 dalam sains, so rekaan kereta roket tu berdasarkan 'Newton's 3rd Law' - every reaction there's an equal and opposite reaction. tapi sayanya budak2 tu lebih sibuk buat kereta roket tu dpd paham apa bendanya newton's 3rd law tu.
So muhammad pun join la. Ntah camana, dia ditempatkan dengan kelompok budak2 dari sekolah tamil, walaupun dia sepatutnya duduk dlm kelompok anak2 staf agilent. Tapi tak apa lah, kasi dia bergaul sikit - dok sekolah melayu, tak berapa bergaul dgn bangsa lain. Setiap seorang budak dapat buat satu kereta roket, actually powered by compressed air dari belon je. Sila lihat gambar. Terima kasih kepada kakak yg memberi tunjuk ajar, yg tengah menggunting untuk adik2 tu (dlm gambar di bawah ni).Luqman dgn Muaz pun teringin, so Amir bagi la satu kit extra untuk depa buat kereta roket, tapi depa main gunting2 je, kereta tak siap2 pun. Lepas tu bila budak2 sekolah tu dah siap dan nampak rupa bentuk kereta roket tu, Muaz pun merengek nak sebijik. Nasib baik ada kit yg lebih2, so amir pun membidan terjun buat kereta rolet tu cepat2, dah tu bukan boleh buat sebijik je, kena buat sama untuk luqman.Oleh kerana ramai sangat peserta, perlumbaan dibuat berperingkat2. Saringan pertama ,muhammad menang, kereta dia not bad, laju gak. gambar kat bawah ni, di garisan mula, atas lantai je. Mana tak laju, belon muhammad paling besar.
so dapat la masuk second round. 2nd round di buat atas litar lumba special. malangnya kamera amir habis bateri, tak dak gambar. anyway, pada awal2 sebelum mula sempat la ambil gambar litar tu, so kalau nak tengok, kat bawah ni. muaz & luqman cukup takjub tengok litar tu, naik risau amir takut depa bagi rosak. dah la depa berdua ni dok tak diam.Dalam saringan kedua, muhammad kurang bernasib baik, walaupun kereta dia agak laju tapi gelong sikit. Kereta dia terlanggar dinding tepi litar dan terus tersangkut. Dia terus ajak balik.
gambar terakhir ni, aksi muhammad tengah 'isi minyak' kat kereta dia. high octane tuh!

Friday, March 21, 2008

Moga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita

Salam pada semua. Sudah lama mama menyepikan diri. Mama kalut sebenarnya. Sekarang ok sikit. dah boleh bernafas. Semua ini disebabkan kemelut phd mama. Mama ditawarkan ke Australia utk phd. Alhamdulillah abah berjaya mendapat kerja di Brisbane. Namun setelah memikirkan semasak2nya, abah keberatan untuk menerima tawaran kerja tersebut. abah risau memikirkan kerjaya abah di Malaysia slps mama habis phd 3 thn kemudian. Abah memohon mama mempertimbangkan untuk menyambung phd di Malaysia. Pertama kali mendengar keberatan abah untuk ke australia, mama agak kecewa. Alhamdulillah kekecewaan mama tidak berpanjangan setelah mama memikirkan mungkin apa yang mama nampak terbaik untuk mama bukan yang terbaik untuk semua( anak2 mama dan abah), sebab itu, yg mama selalu doakan, mohon yg terbaik utk mama, utk anak2 mama n abah. Mama percaya ALLAH mengetahui yg terbaik untuk kita. Mama takut sebenarnya nak buat phD di Malaysia. Mama tawakal. Moga ALLAH permudahkan urusan menuntut ilmu mama nanti. Insya-ALLAH mama akan sambung belajar di USM, Penang. Doakan utk mama...

Abang yong, orang pertama mama kongsikan kekecewaan mama. Alhamdulillah abg yong tenang. dia dapat menerima hakikat dia tak akan ke australia. Mula2 dia kata dia malu nak bagitahu kawan2 dia kata dia tak jadi ke AUS. Namun slps itu dialah yang tolong bagitahu pd semua kata mama dan dia tak jd ke AUS. Ada sekali tu, mama kata kat dia, doakan mama dapat buat phd dgn jayanya di USM. Dia tanya, USM kat mana? mama kata kat nibong tebal, Penang. jauh juga dari rumah kita. Dia termenung, kemudian dia tanya phD lama mana? mama bagitahu 3 tahun. Kemudian dia kata" mamat nak doakan mama dapat siapkan phd dlm 1 tahun sjlah". Dia kata supaya mama hanya tak dapat nak hantar dia ke sekolah selama 1 thn shj. sekarang nikan mama tiap hr balik tengahari hantar abg yong ke sekolah. Jauh sungguh abg yong fikirkan implikasi mama nak sambung belajar ni. Luqman n muaz tiada reaksi sgt bila mama kata tak jadi ke AUS. Diorang belum memahami macam abg yong.

Minggu lepas cuti sekolah selama seminggu. Abg yong ke KL selama seminggu. Luqman pula di Alor setar. Adik muaz manja, di penang dengan mama dan abah. Hujung minggu semalam kami ke KL ambil abg yong. Sekejap sgt ke KL. Rasa tak puas berada di sana. Abah sekarang dah tiada cuti. sampai di KL abg yong semangat ajak luqman n muaz ke swimming pool dekat selayang. Lepas makan t/hari kami ke swimming pool tersebut bersama dengan tok ayah, mak lang shima dan syaza yang aktifnya. Malamnya kami ke rumah mak lang makan malam. Esoknya ahad, lepas zohor kami dah kena bertolak pulang ke Penang.

Semalam cuti maulidur rasul. mama ke rumah anak yatim Yakin Al Wadi di kupang , baling. Mama memang teringin nak mengikuti program begini. Kebetulan ada pelajar farmasi menganjurkan program khidmat masyarakat ini, mama menawarkan diri untuk menjadi pengiring. Abg yong teruja nak ikut mama. Tapi bila mama memikirkan takut pula nanti anak2 yatim tu sedih melihat abg yong memanggil mama , mama. memang anak2 di rumah ini agak sensitif perasaannya terutamanya yg masih kecil. Di rumah itu terdapat lebih kurang 50 org penghuni yang terdiri dari umur 5 tahun sehinggalah 17 tahun. Keadaan asrama mereka agak dhaif juga sebab terpaksa bersesak. Kemudahan dewan makan pun agak dhaif juga. Surau mereka Alhamdulillah nampak OK dan selesa untuk mereka solat dan belajar. Mama suka melihat akhlak anak2 ini. sebelum masuk waktu sudah bergegas utk solat. sekejap shj mereka bersiap. Tidak berlengah. Terus ke surau dan menghampar sejadah. kemudian solat jemaah bersama. Alhamdulillah prog yg di atur oleh pelajar UiTM dapat menceriakan anak2 di rumah ini walaupun hanya sekejap kami bersama mereka. Sampai di uitm , abg yong terus bertanyakan gambar2 anak yatim. teruja dia nak melihatnya. Insya-ALLAH , abg yong besar sikit mama bawa nanti jika ada lagi prog begini.